Total Pageviews

Tuesday, December 23, 2008

ketula pulut berasal dari veitnam

BUAH KETULA PULUT YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN SEBAGAI SAYUR INI BOLEH MENDATANGKAN HASIL YANG BERPATUTAN

SEKIRANYA DIBERI PENJAGAAN YANG BETUL DAN MENGIKUT KEPERLUAN YANG DIGARISKAN OLEH JABATAN PERTANIAN:

  1. i- BAJA ORGANIK TAPI JGN GUNA BAJA TAHI AYAM
  2. ii-JARAK TANAMAN 4:2;1, SERELUNG 3000 POKOK
  3. iii-BAJA SETIAP 2 MINGGU SEKALI
  4. iv-PERLU PAKAI JUNJUNG
  5. v.AIR MESTI MENCUKUPI
  6. vi-ANAK BENIH JANGAN DIPINDAH PADA WAKTU SIANG, MUDAH LAYU

SEMOGA PROJEK KETULA PULUT MENJADI AMAL QAWI DAN DIBERKATI ALLAH

Projek Nenas terus berjalan datang pula tawaran untuk menyertai projek ketula pulut bagi menghasilkan luffah organik/herba yang akan diekspot ke USA.Mudah-mudahan projek ini dapat memenuhi cita-cita aku untuk mengumpul wang bagi membawa isteri dan anak-anak menziarahi Mekah dan Madinah mengerjakan umrah.... satu-satunya destinasi ziarah terbaik yang dapat merangsang reseptor iman, demi membentuk mereka menjadi insan soleh dan mendidik mereka memahami kesusahan hidup para Nabi dan Rasul serta para sahabat dalam menggalas tanggungjawab dakwah dan tarbiah, yang memungkinkan Islam itu menguasai dunia.

Wednesday, December 3, 2008

KITA HANYA BERIKHTIAR, REZEKI ALLAH PUNYA

Kini hari -hari teringatkan pokok-pokok nenas di Semadong yang telah mencapai umur 4 bulan, sejumlah 25K ketika ditanam dulu, ditanam rapat-rapat entah sekarang berap yang tinggal kerana telah banyak yang rosak dan mati.Dimulakan projek ini hasil ilham Allah kepada abang ipar ku untuk nak mencari dana dan saradapur pelajar Islam disekolahnya. Pengalaman yang tidak ada dan kuqrat yang terbatas, bekal stimulasi buku Bekalan di jalan dakwah,... pada persahabatan yang baik dan kerja berjemaah kami berjaya memulakan tanaman nanas pada 14/7/08 dan siap ditanam pada 3/8/08. Pada masa itu ramai pelajar, guru dan ibu bapa yang ikut serta menjayakan projek ini. Semasa proses awal seorang alim datang berpesan supaya kami berebut mengerjakannya demi mencari keredaan NYA dan ajaklah rakan lain supaya dapat berpeluang mendapat pahala juga.Katanya lagi berebutlah melaksanakan kerja JiHad ini dengan niat membantu ISLAM, kerana keperluan dan peluang jihad itu bukan datang selalu.Sambutlah peluang jihad ini sebelum terlepas kerana ini rezeki dari Allah. Maka mahfum stimulasi sang alim ini mengaktif reseptor iman di hati rakan-rakan menyebabkan mereka keluar beramai-ramai membantu menanam nenas-nenas ini.......