Total Pageviews

Wednesday, December 3, 2008

KITA HANYA BERIKHTIAR, REZEKI ALLAH PUNYA

Kini hari -hari teringatkan pokok-pokok nenas di Semadong yang telah mencapai umur 4 bulan, sejumlah 25K ketika ditanam dulu, ditanam rapat-rapat entah sekarang berap yang tinggal kerana telah banyak yang rosak dan mati.Dimulakan projek ini hasil ilham Allah kepada abang ipar ku untuk nak mencari dana dan saradapur pelajar Islam disekolahnya. Pengalaman yang tidak ada dan kuqrat yang terbatas, bekal stimulasi buku Bekalan di jalan dakwah,... pada persahabatan yang baik dan kerja berjemaah kami berjaya memulakan tanaman nanas pada 14/7/08 dan siap ditanam pada 3/8/08. Pada masa itu ramai pelajar, guru dan ibu bapa yang ikut serta menjayakan projek ini. Semasa proses awal seorang alim datang berpesan supaya kami berebut mengerjakannya demi mencari keredaan NYA dan ajaklah rakan lain supaya dapat berpeluang mendapat pahala juga.Katanya lagi berebutlah melaksanakan kerja JiHad ini dengan niat membantu ISLAM, kerana keperluan dan peluang jihad itu bukan datang selalu.Sambutlah peluang jihad ini sebelum terlepas kerana ini rezeki dari Allah. Maka mahfum stimulasi sang alim ini mengaktif reseptor iman di hati rakan-rakan menyebabkan mereka keluar beramai-ramai membantu menanam nenas-nenas ini.......

0 comments: