ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Reseptor 2 iman @ hati ini tiba-tiba terpanggil untuk melimpahkan ransangan akibat berbagai peringatan Allah yang bertubi-tubi datang akhir-akhir ini.
1.Selepas kematian Kak Mah reseptor 2 iman terkedu kerana kejutan dengan pemergiannya yang tiba2...sehingga janji untuk menulis kenangan bersamanya terus berkubur melebihi setahun setengah...maaf kerana kurang disiplin dan kesedihan melampau mematikan potensi hati ini.
2.Diikuti dengan kematian cikgu Ghazali Omar, cikgu Zainuddin yang mengajar aku semasa di tingkatan 1 lagi, sakit dada mengejut yang dialami sahabat ku Rashid Napiah, serangan dan pembedahan jantung kepada tok guru ku Ust. Omar cukup menggegarkan jiwa....bermula dengan kemasukan ke wad HUKM terhadap abang ipar dan murabbi ku akhir 2009 dan hari-hari melihat almarhum UDMZ menghadapi penderitaan sakit selepas keluar dari wad HUKM mereflekkan diri sendiri yang banyak kelemahan bagaimana pula menghadapi hari-hari tua nanti.Sentakan hati juga terjadi bila U. Mahathir pula pengsan di tengah-tengah VTnya.
Ingatan musibah dan kematian yang menyentuh reseptor to iman ini terus berlaku sekembali aku dari umrah dengan berita pemergian cik gu Yahya di Jeddah.4/5 hari sebelum itu aku sempat berjumpa dengan dengan beliau di Mekah.Aku bertanya khabar dan beliau tidak banyak bercakap.Paling tersentuh masdar wahid ku kerana beliau orang pertama bersusah payah di SMTSP dulu untuk mentarbiah dan menjinakkan aku dengan ISLAM syumul.Halakah pertama di matrikulasi 1 USM dan naqib aku setelah aku kembali ke kampung Kersik semula selepas hijrah ke Sarawak dan Pahang.Dialah daie dan murabbi formal buat diri ku........
Monday, November 8, 2010
DIDIK HATI AGAR HATI-HATI DENGAN DIDIKAN ILLAHI
Posted by USU ANWAR at 7:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment