Friday, December 24, 2010
Friday, November 12, 2010
RESEPTOR TIDAK SENSITIF, REFLEKNYA LAMBAT PERLU DIRAWAT
disini hatiku pernah sangat tersentuh... yang refleksinya geram, marah dan kecewa.Gugurnya air mata kerana hati ku tidak sabar menahan ujian Allah.Pujukan dan nasihat sahabat-sahabat dengan ingatan bahawa ujian itu dari Raja segala Raja dan ujian itu adalah didikan Allah untuk meningkatkan diriku, membuatkan hatiku kembali reda dan redho.Ungkapan sahabat ku dengan bunyi arabnya
"Inallaha ma'a sobirin"
Rupanya reseptor to iman ku sudah kurang sensitif ...syukur aku punya sahabat-sahabat yang mampu merawatnya dengan ubat dari Ilahi
Posted by USU ANWAR at 7:11 PM 0 comments
Monday, November 8, 2010
DIDIK HATI AGAR HATI-HATI DENGAN DIDIKAN ILLAHI
ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Reseptor 2 iman @ hati ini tiba-tiba terpanggil untuk melimpahkan ransangan akibat berbagai peringatan Allah yang bertubi-tubi datang akhir-akhir ini.
1.Selepas kematian Kak Mah reseptor 2 iman terkedu kerana kejutan dengan pemergiannya yang tiba2...sehingga janji untuk menulis kenangan bersamanya terus berkubur melebihi setahun setengah...maaf kerana kurang disiplin dan kesedihan melampau mematikan potensi hati ini.
2.Diikuti dengan kematian cikgu Ghazali Omar, cikgu Zainuddin yang mengajar aku semasa di tingkatan 1 lagi, sakit dada mengejut yang dialami sahabat ku Rashid Napiah, serangan dan pembedahan jantung kepada tok guru ku Ust. Omar cukup menggegarkan jiwa....bermula dengan kemasukan ke wad HUKM terhadap abang ipar dan murabbi ku akhir 2009 dan hari-hari melihat almarhum UDMZ menghadapi penderitaan sakit selepas keluar dari wad HUKM mereflekkan diri sendiri yang banyak kelemahan bagaimana pula menghadapi hari-hari tua nanti.Sentakan hati juga terjadi bila U. Mahathir pula pengsan di tengah-tengah VTnya.
Ingatan musibah dan kematian yang menyentuh reseptor to iman ini terus berlaku sekembali aku dari umrah dengan berita pemergian cik gu Yahya di Jeddah.4/5 hari sebelum itu aku sempat berjumpa dengan dengan beliau di Mekah.Aku bertanya khabar dan beliau tidak banyak bercakap.Paling tersentuh masdar wahid ku kerana beliau orang pertama bersusah payah di SMTSP dulu untuk mentarbiah dan menjinakkan aku dengan ISLAM syumul.Halakah pertama di matrikulasi 1 USM dan naqib aku setelah aku kembali ke kampung Kersik semula selepas hijrah ke Sarawak dan Pahang.Dialah daie dan murabbi formal buat diri ku........
Posted by USU ANWAR at 7:34 PM 0 comments
Monday, June 8, 2009
PEMBERIAN ALLAH MEMANG TIDAK DISANGKA
Posted by USU ANWAR at 11:30 PM 1 comments
Tuesday, December 23, 2008
ketula pulut berasal dari veitnam
BUAH KETULA PULUT YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN SEBAGAI SAYUR INI BOLEH MENDATANGKAN HASIL YANG BERPATUTAN
SEKIRANYA DIBERI PENJAGAAN YANG BETUL DAN MENGIKUT KEPERLUAN YANG DIGARISKAN OLEH JABATAN PERTANIAN:
- i- BAJA ORGANIK TAPI JGN GUNA BAJA TAHI AYAM
- ii-JARAK TANAMAN 4:2;1, SERELUNG 3000 POKOK
- iii-BAJA SETIAP 2 MINGGU SEKALI
- iv-PERLU PAKAI JUNJUNG
- v.AIR MESTI MENCUKUPI
- vi-ANAK BENIH JANGAN DIPINDAH PADA WAKTU SIANG, MUDAH LAYU
Posted by USU ANWAR at 10:12 AM 2 comments
Labels: ketula pulut di kebun pak lang hasan ini baru 3 minggu ditanam telah melebihi sekaki panjang
SEMOGA PROJEK KETULA PULUT MENJADI AMAL QAWI DAN DIBERKATI ALLAH
Projek Nenas terus berjalan datang pula tawaran untuk menyertai projek ketula pulut bagi menghasilkan luffah organik/herba yang akan diekspot ke USA.Mudah-mudahan projek ini dapat memenuhi cita-cita aku untuk mengumpul wang bagi membawa isteri dan anak-anak menziarahi Mekah dan Madinah mengerjakan umrah.... satu-satunya destinasi ziarah terbaik yang dapat merangsang reseptor iman, demi membentuk mereka menjadi insan soleh dan mendidik mereka memahami kesusahan hidup para Nabi dan Rasul serta para sahabat dalam menggalas tanggungjawab dakwah dan tarbiah, yang memungkinkan Islam itu menguasai dunia.
Posted by USU ANWAR at 9:19 AM 0 comments
Wednesday, December 3, 2008
KITA HANYA BERIKHTIAR, REZEKI ALLAH PUNYA
Kini hari -hari teringatkan pokok-pokok nenas di Semadong yang telah mencapai umur 4 bulan, sejumlah 25K ketika ditanam dulu, ditanam rapat-rapat entah sekarang berap yang tinggal kerana telah banyak yang rosak dan mati.Dimulakan projek ini hasil ilham Allah kepada abang ipar ku untuk nak mencari dana dan saradapur pelajar Islam disekolahnya. Pengalaman yang tidak ada dan kuqrat yang terbatas, bekal stimulasi buku Bekalan di jalan dakwah,... pada persahabatan yang baik dan kerja berjemaah kami berjaya memulakan tanaman nanas pada 14/7/08 dan siap ditanam pada 3/8/08. Pada masa itu ramai pelajar, guru dan ibu bapa yang ikut serta menjayakan projek ini. Semasa proses awal seorang alim datang berpesan supaya kami berebut mengerjakannya demi mencari keredaan NYA dan ajaklah rakan lain supaya dapat berpeluang mendapat pahala juga.Katanya lagi berebutlah melaksanakan kerja JiHad ini dengan niat membantu ISLAM, kerana keperluan dan peluang jihad itu bukan datang selalu.Sambutlah peluang jihad ini sebelum terlepas kerana ini rezeki dari Allah. Maka mahfum stimulasi sang alim ini mengaktif reseptor iman di hati rakan-rakan menyebabkan mereka keluar beramai-ramai membantu menanam nenas-nenas ini.......Posted by USU ANWAR at 8:35 AM 0 comments
